Sunday, August 17, 2008

Saturday, August 16, 2008

BERITA MTUQ

-Pada hari jumaat ,tanggal 15 ogos 2008,MTUQ telah mengadakan majlis penyampain hadiah untuk pelajar pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun,
Peperiksaan MTUQ terbahagi kepada 3 kategori 1- bAHAGIAN Hafazan ,1-30 juz,1-20 juz,1-10 juz,1-5 juz dan Nazirah 2- Fardu Ain untuk kelas hafiz sahaja 3- Kelas Alim
-Majlis ini dipengerusikan oleh Al Fadhil Maulana Megat Muhammad Ridwan Bin Mustapal Khairi

-Majlis kami dimulakan dgan bacaan Al Quran oleh adik Afifi Bin Kamal Bahrain

-kemudian mudir mtuq memberi ucapan
- kemudian adik Taufiq mengalunkan bacaan kitab AlFIYYAH
- kemudian kumpulan nasyid yang diketuai oleh Zaid Bin Abu Samah menyampaikan 2 lagu



-Selepas itu bermulalah penyampaian hadiah yang disampaikan oleh tuan mudir bersama ust Ali dan Ust Dahlan
-KEPUTUSAN IMTIHAN AKHIR TAHUN 2008/1429 KELAS HAFIZ BAHAGIAN HAFAZAN

NAZIRAH

NO NAMA MARKAH
3 ABD AZIZ BIN KAMSANI 71
3 MUHD ISA BIN AHMAD 71
2 FAIZ BIN RAHMAT 73
1 USMAN BIN ABD BASAR 82

1-5 JUZUK

NO NAMA MARKAH
3 ASNAWI BIN MOHD ALI 78
2 MOHD NABIL BIN SOIB 89
1 MOHD ZAID BIN JAMIL 97


1-10 JUZUK

NO NAMA MARKAH
3 SAIDAMIN BIN LINOQ 69
2 MOHD KHALID BIN BADRUL KHIZAM 76
1 MARZUKI BIN MOHD SALLEH 80


1-20 JUZUK

NO NAMA MARKAH
3 MOHD ALIF NOR BIN HUSIN 84
2 AHMAD IRFANULLAH BIN KHAIRUDDIN 87
1 AHMAD KAMIL BIN AR AZMI 94


1-30 JUZUK

NO NAMA MARKAH
3 ABDUL HAMID BIN MOHD NOOR 94
2 WAN AHMAD MUSTAKIM BIN WAN MD HARUN 96
1 MOHD BADRUZAMAN BIN RAFIE 98

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008/1429 BAHAGIAN FARDU AIN BAGI PELAJAR HAFIZ

NO NAMA MARKAH
3 ANDIN IRFAN BIN MARJUNI SAMAN 286
2 MOHD LOQMAN BIN HASSAN 298
1 MOHD KAMIL BIN NASIR 300
1 AZAHARI BIN HARUDIN 300

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008/1429 BAGI KELAS ALIMA

ALIM SATU

NO NAMA PERATUS
3 USMAN BIN ISMAIL 88%
2 ABD RASHID BIN MUHD DAUD 92%
1 SUKRAN BIN YAHYA 95.75%

ALIM DUA

NO NAMA PERATUS
3 ABDULLAH BIN ABD SHUKUR 75.3%
2 AHMAD ANWARUL HAKIM BIN JANOM 78.1%
1 MUSA BIN MUHD DAUD 89.6%





ALIM TIGA

NO NAMA PERATUS
3 MUHD NAQIUDDIN BIN ZULKIFLI 55.1%
2 WAN HANAFI BIN WAN JAMIL 59.1%
1 MUHD FARHAN BIN MUHD KHAIR 71.3%


ALIM EMPAT

NO NAMA PERATUS
1 MUHD AZHAR BIN ISMUNGIN 83%

ALIM LIMA

NO NAMA PERATUS
1 MUHD TAUFIQ BIN JAAFAR 70.5%

Sunday, August 10, 2008

SENARAI GURU GURU MTUQ DAN KELULUSAN

1-.KUSARIN BIN HASSAN MUTARI
-Lepasan Darjah Khas, Sg Air Tawar.
-Mudir Guru Hafiz
-Kg Tebuk Mufrad, Sg Air Tawar, 45100, Sabak Bernam Selangor

2- MOHD ALI BIN ABD KADIR
-Lepasan hafiz Kubang Bujuk
- Kitab diYala Thailand
-Tepi Dewan Omar , Kg Pinang Tg Karang, 45500 Selangor

3- AHMAD KISAIE BIN MUHAMAD
- M.A(Hadis)
- B.A(Usuluddin)Binori Town, Pakistan
- SPM
- Guru Alim
- Kg Sg Tegar, 45100 Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

4- DAHLAN BIN ABDUL SALAM
- M.A(Hadis) Makhzan Ulum, Pakistan
- B.A(Usuluddin), Kubang Bujuk Terengganu, Madrasah An-Nur Yala Thailand,
Makhzan Uloom ,Pakistan
- SPM
- Guru Alim
- Tebuk Sri Jaya, Parit Baru, 45100, Sabak Bernam, Selangor

5- MOHD SHABA@ FIRDAUS B. ABU BAKAR
- Sijil Tahfiz Darul Ulum Kepada Batas Kedah
- SPM
- Guru Hafiz
- 152, Pekan Simpang 3, Sg Limau Luar,06680 Kota Sarang Semut, Kedah

6- AZIZ BIN JAAFAR
- - SPM
- Sijil Shahadah Tahfiz Kubang Bujuk, Terengganu
- Guru Hafiz
- 4, Jln LamaPuding45500, Tg Karang ,Selangor.

7- MUHAMAD ILYAS B.MD ZIN
- M.A(Hadis)
- B.A(Usuluddin) Miftahul Ulum Seri Petaling K. Lumpur
- Guru Alim
- No 32, Lorong Melor, 2/1 Bandar Baru Kuala Selangor, 45000, Selangor.

8- MEGAT MOHD RIDWAN B. KHAIRI MUSTAFA
- M.A(Hadis)
- B.A(Usuluddin) Miftahul Ulum Seri Petaling K. Lumpur
- Guru Alim
- 22, Persiaran Bercham Selatan 9, Tmn Bercham Jaya, 31400, Ipoh Perak

9- MOHD IDRIS BIN MUHARAM
- Sijil tahfiz dari Madrasah Darul Uloom Al Hilmiah,Kedah
- M.A(Hadis)
- B. A(Usuluddin) Yala Thailand
- Guru alim
- 19, Jln Yakut 7/13 Seksyen 7 40000 S. Alam Selangor.

10- MOHD NOR HISHAM B.MOKTOR
- Sijil Tahfiz dari Kubang Bujuk
- Guru Hafiz
- 22-122 Lrg Kemajuan Kanan Desa Tanjung 26700, Muadzam Shah Pahang

11- SITI NOR AMALINA BT.KAMELUDDIN
- SPM
- STA
- SANAWI Madrasah Manabi UI Ulom, Penanti, P Pinang
- Guru Alimah
- Jln Seri Raya, Parit Baru, 45100, Sabak Bernam

12- NURUL HUDA BT. ISMAIL
- Lepasan Tahfiz Ummul Qura
- Guru Hafizah
- Pasir Panjang Sekinchan Selangor

13- SITI ANDRIYANI BT ROSLI
- Lepasan Tahfiz Ummul Qura
- Guru Hafizah
- 3 (Kanan) Jln Angkasa, Kg Tebuk Pulai,45200 Sabak Bernam

14- HANANI BT ABU BAKAR
- Sijil Tahfiz Maahad Tarbiah Derang,Kedah
- Guru Hafizah
- Maahad Tahfiz Ummul Qura
Kg Tebul Mufrad 45100 Sg Air Tawar, Sabak Bernam

15- WAN NABEELA BT WAN MUSTAPHA
- Institut Al – Quran, Kuala Lumpur (IQKL)
- Madrasah muenul islam South Africa
- Guru Alimah
- No 18 Jln Watan 05, Tmn Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor

16- NUR AISYAH BT HAMEZI
- Darul Ulum Al- Hilmiah, Alor Setar
- Guru Alimah
- No 15 A, Jln Melati, Bt 9 Lekir, 32000 Setiawan, Perak.

17- NUR HURIN AIN BT BURAHIM
- S.A.R Tahfiz Muhamadiah, Sg Besar.
- Madrasah Sheikh mohd shalahudin, Sg Long
- Guru Hafizah
- Lot 4106, Lorong Hj husin,42600 Syeksyen 32, Shah Alam, Selangor.

18- ASIAH BINTI AZHAR
- Madrasah Sheikh mohd shalahudin, Sg Long
- Guru Hafizah
- Sri Petaling,Kuala Lumpur

SUKATAN PELAJARAN KELAS ALIM

SUKATAN PELAJARAN KELAS ALIM
MA’AHAD TAHFIZ UMMUL QURA


TAHUN PERTAMA
MATA PELAJARAN - KITAB
1 FEKAH - MATAN GHAYAH WA TAQRIB
2 NAHU - MATAN AJRUMIAH,
3 SOROF - MATAN BINA’, KITABUS SARF, AL AMSILATUS TASRIFIYYAH
4 LUGHAH - QISASUN NABIYYIN JILID 1,2,3,
AL ARABIYYAH AN NASHIIN VOL(1)
5 ADAB - TAKLIM MUTAALLIM, ZADUT TALIBIN
6 TAUHID - PATI FARIDATUL FARAID
7 TAJWID - HIDAYATUL MUSTAFID



TAHUN KEDUA
MATA PELAJARAN - KITAB
1 FEKAH - FATHU T DURRIYYAH, NAHUL WADIH (Latihan)
3 SOROF - ILMU SIGHAH
4 AL-QURAN TAFSIR - JUZUK AMMA
5 HADIS - HADIS 40
6 TAUHID - KHAMSATUL MUTUN (AQIDAH KHALAF),FATHUL MAJID
7 LUGHAH - QIRAATUR RHASIDAH,AL ARABIYYAH AN NASHIIN VOL(2)




TAHUN KETIGA
MATA PELAJARAN - KITAB
1 FEKAH - ANWARUL MASALIK
2 NAHU - QATRUN NADA
3 AL-QURAN - TAFSIR JUZUK 21-29
4 HADIS - RIADUS SALIHIN
5 TAUHID - KIFAYATUL AWAM
6 USUL FEKAH - AL-WARAQAT
7 TARIKH - NURUL YAKIN
8 LUGHAH - AL ARABIYYAH AN NASHIIN VOL(3)

TAHUN KEEMPAT
MATA PELAJARAN - KITAB
1 FEKAH - FATHUL MU’IN (1)
2 NAHU - SYARAH IBNU AQIL JILID 1-2
3 AL-QURAN TAFSIR - JUZUK 11-20
4 HADIS - BULUGHUL MARAM
5 TAUHID - TALKHIS AQIDATUT TAHAWIYAH
6 USUL FEKAH - IDHAHUL QAWAIDIL FIQHIYYAH
7 LUGHAH - MAQAMATUL HARIRIYAH,AL ARABIYYAH AN NASHIIN (4)


TAHUN KELIMA
MATA PELAJARAN - KITAB
1 FEKAH - FATHUK MU’IN (2)
2 NAHU - SYARAH IBNU AQIL JILID 3-4
3 AL-QURAN TAFSIR - JUZUK 1-10
5 MUSTALAH HADIS - TAISIRUL MUSTALAHUL HADIS
6 FARAID - MATAN ARRAHBIYAH,TALKHIS FI ILMIL FARAID
7 BALAGHAH - HUSNUS SIYAGHAH

BANTUAN

MTUQ sudah berjalan hampir 12 tahun,sekian ramai pelajar yang dikeluarkan,ada yang dalam negeri,luar negeri,kesemua mereka itu mengharungi alam persekolahan dgn bermacam macam rintihan,keluhan serta kesabaran,dengn itulah zahirnya kejayaan ..
permintaan kami dari pembaca blog ini mendoakan supaya MTUQ mampu mengeluarkan pelajarnya sebagai hafiz alim daie.itulah matlamat kami yang sebenarnya
memang tak boleh nak dinafikan lagi bahawa kebanyakan pelajar pelajar tahfiz ini orang yang kurang berkemampuan,itulah juga yang terjadi dengan pelajar pelajar kami,ada yang datng dari kembodia,thailand,pilifina mereka ini datang bawa badan sahaja tanpa bekalan yang mencukupi keperluan mereka.maka pihak kami berusaha juga untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada mereka,ada yang dari wang zakat,sedekah dan sebagainya,tetapi ia tidak mencukupi keperluan mereka hingga ada pelajar yang berhutang dengan madrasah sebanyak rm10.000,00.maka disini kami bermohon kepada tuan/puan/Dato/Datin hulurkanlah bantuan zakat,sedekah,hadiah dan sebagainya
sekiranya tuan/puan/Dato/Datin berminat bolehlah salurkan bantuan tersebut ka akaun pentadbiran kami

MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA .12-056-01000-425(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Atau akaun kebajikan

MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA.12-056-010010425(BANK ISLAM MALAYSAI BERHAD)

Semoga ALLAH memberkati harta tuan tuan,kehidupan tuan tuan Dunia dan Akhirat
AMIN YA RABBAL ALAMIN

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar

Pengambilan pelajar adalah seperti berikut :
 Pelajar berumur antara 12 hingga 15 tahun
 Mempunayi daya ingatan yang kuat , minat dan kesungguhan yang mendalam
 Boleh membaca Al-Quran dengan lancar
 Boleh membaca, menulis jawi dan rumi
 Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa
 Lulus temuduga oleh pihak madrasah.

Maahad Tahfiz Ummul Qura juga akan membuka pengajian untuk pelajar –pelajar perempuan (hafizah) yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman . Sebuah asrama yang lengkap dan menepati tuntutan-tuntutan syarak akan disediakan.



Bilangan murid

Bilangan pelajar di madrasah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa dan sekarang ini bilangan pelajar berjumlah 220 orang. Pihak madrasah akan mengambil pelajar baru seramai 60 orang setiap tahun. Pengambilan pelajar akan dibuka untuk semua pelajar yang berkelayakan seluruh Malaysia.Di samping itu madrasah ini juga telah mengambil beberapa pelajar dari luar negeri seperti dari Fiji, Singapura, China dan Australia.

Dan kami juga akan menerima pelajar untuk kemasukan tahun hadapan 2009/1429 yang akan bermula pada syawal 2008, lebih kurang 15 syawal...sesiapa yang berminat bolehlh menghubungi kami dengan segera.

Thursday, August 7, 2008

DASAR PENDIDIKAN

Melahirkan para pelajar Hafizul Quran yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran sejumlah 6666 ayat dengan sebutan yang fasih dan tartil tanpa terlupa dan tersilap. Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan ahkamnya.

Melahirkan para Fuquha’ yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syarie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas didalam segala bidang ilmu Islam terutamanya dalam hukum Syarak.

i. Melahirkan para hafiz,hafizah dan Alim yang bertaqwa dan penghayatan As Sunnah di dalam kehidupannya sebagai daie ke seluruh alam.

ii. Mencapai tahap penghafalan yang mantap dimana setiap Hafiz dan Hafizah kuat dalam penghafalan, membaca tanpa salah, mahir di dalam ayat-ayat mutashabihat mampu membaca 30 juzuk sebagaimana membaca surah Al Fatihah

iii. Kualiti pembacaan yang terbaik mengikut hukum-hukum tajwid dan diiktiraf pembacaannya oleh ahli Qura antarabangsa.

iv. Mahir didalam penghafalan mengikut setiap juzuk,rukuk setiap surah di dalam Al Quran.



Harapan dan masa depan mtuq


Maahad Tahfiz Ummul Qura yang kita tubuhkan ini mempunyai cita-cita yang tinggi disamping akan melahirkan para Hafiz, Alim Ulama’ dan para daie yang berwibawa.

Maahad juga bercita-cita untuk memperbesarkan kawasan dan bangunan madrasah bagi menampung kemasukan pelajar dalam dan luar negeri dan sebuah tapak cadangan bagi pembinaan Maahad Tahfiz Ummul Qura ini telah disediakan di atas sebidang tanah yang mengandungi 3 Blok bangunan 2 tingkat akan dibina untuk kelas pengajian dan asrama lelaki dan perempuan.

Bangunan-bangunan ini boleh menempatkan 400 orang pelajar lelaki dan perempuan. Kita juga berharap dan berdoa kepada Allah SWT semoga dilahirkan para mukhlisin sebagai penaung, penggerak dan seterusnya sebagai menghidupkan Maahad ini sehingga akhir zaman.


SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di madrasah ini dijangkakan akan mengambilmasa 3 hingga 4 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian dimadrasah ini adalah seperti berikut :

1. Peringkat Nazirah :Pada peringkat ini pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al- Quran , Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.

2. Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzu’ 30 sehingga 27. dan kemudian dari awal juzu’ pertama hingga akhir .

3. Peringkat kepakaran : pelajar yang tamat akan membuat pengulangan dan kepakaran yang akan mengambil masa selama 9 bulan. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh membaca Al-quran tanpa membuat satu kesilapan.

4. Kelas Fardhu Ain dan lain-lain mata pelajaran : Para pelajar diwajibkan untukmenguikuti kelas fardhu Ain setiap hari Jumaat.

5. Mata pelajaran khusus tersebut ialah.
• Penghafalan Al-quran
• Tajwid qiraat
• Fardhu Ain
• Peradaban dan Sunnah
• Bahasa Melayu
• Matematik
• Asas Bahasa Arab
CARA BELAJAR DAN PENYEMAKAN


i. Membaca dengan betul dan tartil
ii. Membaca dengan lambat dengan suara yang kuat
iii. Kelancaran dan hafalan yang mendalam
iv. Pelajar akan diberi pelajaran baru sebanyak satu muka surat daripada Al-Quran dan diberi masa 2 jam untuk menghafalnya (selepas maghrib) dan akan disemak oleh ustaz selepas solat subuh. Setiap hari pelajar mesti melalui proses penyemakan empat pelajaran di hadapan ustaz. Iaitu :
• Sabak (pelajaran baru )
• Para sabak (juzuk dimana yang sedang dipelajari sehingga ke pelajaran baru)
• Para (semua juzuk-juzuk yang telah lalu)
• Manzil (bacaan pelajaran yang lepas dibaca bersendirian tanpa melihat Al-Quran sebanyak 3 juzuk mengikut urutan.

CARA PENYEMAKAN

i. pelajaran baru akan disemak oleh guru dengan penuh teliti dengan tidak membuat kesilapan pada huruf atau baris dan dibaca dengan penuh tartil dan lancar.
ii. Kertas-kertas warna kecil akan diberi untuk menanda kesalahan –kesalahan itu mengandungi 4 perkara :
 Tidak dibaca dengan tajwid yang betul
 Salah dalam penyebutan tajwid.
 Salah ayat dan baris
 Lupa urutan ayat selanjutnya.
Tujuannya

 Supaya pelajar mengetahui kesilapan yang dilakukan di dalam pembacaan.
 Melatih tumpuan yang mendalam terhadap Al-Quran.
 Berusaha untuk menghafal 100% dari Al-Quran dengan bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa.



CARA MENGULANG DAN KEPAKARAN

Mereka adalah pelajar yang telah tamat menghafal keseluruhan Al-Quran (30 juzuk). Pada tahap ini para hafiz akan dilatih untuk menguasai kelancaran bacaan dengan tepat, sebutan huruf dengan betul ,bertajwid ,mahir tentang Mutasyabihat(ayat-ayat yang hampir serupa) mengikut nama dan urutan surah-surah, tanda-tanda berhenti dan hukum tajwid. Pada tahap ini juga pelajar perlu membaca sebanyak mungkin pelajaran baru (manzil) tanpa melihat Al-Quran keseluruhannya.

CARA MENGULANG KAJI DALAM KEPAKARAN.

Kaedah untuk menghafal adalah sama. Perbezaan hanyalah pada pembahagian masa, dimana di tentukan masa mereka kepada 4 semester.

Semester Pertama

Pelajar akan membuat ulangan dengan menyemak pelajaran nya sebanyak ¼ juzuk setiap hari. Ini bermakna pelajar akan menghafal sebanyak satu juzuk dalam masa empat hari. Tahap ini akan tamat dalam masa 4 bulan.

Semester Kedua

Pada semester ini pelajar akan menyemak pelajaran sebanyak setengah juzuk setiap hari selama dua bulan.. Pelajaran yang lalu akan disemak 5 hingga juzuk setiaphari.

Semester Ketiga.

Pada semester ini pelajar tidak akan ada pelajaran baru . Pelajar diminta menyemak ulangan pelajaran lalu sebanyak 5 juzuk setiap hari dan membaca manzil sebanyak 15 juzuk setiap hari selama 2 bulan.

Semester Keempat

Pada semester keempat ini pelajar dikehendaki untuk membaca keseluruhan dari Al-Quran (30 juzuk) setiap hari dalam keadaan berpuasa selama 40 hari. Pada tahap ini pelajar tidak dibenarkan melihat /al-Quran kecuali apabila melakukan kesilapan sahaja.

Insya-Allah sekiranya setiap pelajar dapat mengikut tertib yang telah ditetapkan di atas kita yakin setipa pelajar akan berjaya menjadi hafiz yang benar-benar pakar dan mantap dalampembacaannya. Tidak ada satu pun kesilapan yang akan dilakukan dan pelajar akan menghafal dan membaca Al-Quran sepertimana membaca surah Al-Fatihah. Proses pengulangan ini akan mengambil masa selama sembilan bulan atau selewat-lewatnya setahun.

SYAHADAH HAFIZ DAN HAFIZAH
Maahad Tahfiz Ummul Qura juga menawarkan pengajian kepakaran( diploma) kepada pelajar hafiz dan hafizah yang telah tamat menghafal 30 juzuk Al-Quran bagi syahadah hafiz dan hafizah. Pengajian yang intensif dan mantap ini mengambil masa selama 1 tahun.




PENGAJIAN KELAS ALIM

Di samping itu juga, madrasah ini mengadakan pengajian kelas alim. Pengajian ini bermula dari peringkat I’dadi (peralihan) hinggalah ke pengajian Daratul Hadith. Jenis-jenis pelajaran yang diterapkan di dalam kelas pengajian Alimiah ini adalah seperti berikut:

Bil MATA PELAJARAN
01 Ilmu Nahu & Pembahasannya
02 Ilmu Sorof & Pembahasannya
03 Ilmu Fekah( meliputi 4 mazhab)
04 Usul Fiqh & Pembahasannya
05 Ilmu Tafsir Al-Quran & Usul Tafsir
06 AS-Sirah & Tawarikh
07 Ilmu Bayan, Badi’, Maa’ni, Falsafah & Mantiq
08 Ilmu Faraid & Ilmu Falaq
09 Ilmu Qiraat & Aqaid
10 Peradaban & Kesusasteraan Arab
11 Ilmu Hadith(semua kitab Sunnan Sittah) & Usul Hadith
12 Penguasaan Bahasa Arab, Urdu & Bahasa Inggeris
13 Penulisan Makalah ( Tesis)


Tempoh pengajian bagi kelas Alim ini ialah 8 tahun mengikut pengkhususan ;
4 tahun di dalam negeri
4 tahun di luar negeri

SYAHADAH BAGI PENGAJIAN KELAS ALIM


Darjah Ula & Saniah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Ibtidaiyyah
Darjah Salisah & Rabiah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Sanawiyyah
Darjah Khamisah & Sadisah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Aliyyah
Darjah Alaih & Dauratul Hadith
(tempoh 2 tahun) Syahadah Fadhilah / Alimiyyah
Kursus Bahasa
(tempoh 1 tahun)










WAKTU-WAKTU REHAT.


Waktu-waktu rehat pelajar adalah seperti berikut:
i. waktu-waktu solat fardhu selama 30 minit.
ii. Sarapan pagi dan rehat 7.45 pagi hingga 8.30 pagi
iii. Makan tengahhari dan rehat : 11.45 pagi hingga 2.00 petang.
iv. Minum dan makan petang dan riadah : 4.40 petang hingga 7.00 petang.
v. Rehat dan tidur : 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

JADUAL WAKTU HARIAN.

Masa Aktiviti
4.45 pagi - 5.15 pagi Bangun tidur
5.15 pagi – 5.45 pagi Membaca pelajaran baru
5.45 pagi – 6.15 pagi Solat fardhu subuh
6.15 pagi- 7.30 pagi Mentasmikkan pelajaran baru
7.30 pagi -8.30 pagi Rehat dan sarapan pagi
8.30 pagi –11.30 pagi Kelas sepenuh masa
11.30 pagi -12.00 tgh hari Makan tengah hari
12.00 tgh hari -1.30 ptg Rehat dan tidur
1.30 ptg - 2.00 ptg Solat fardhu zuhur
2.15 ptg - 4.30 ptg Kelas menghafal sepenuh masa
4.30 ptg - 5.00 ptg Solat fardhu asar
5.00 ptg - 5.30 ptg Kelas fardhu Ain
5.30 ptg - 6.45 ptg Rehat riadah dan makan malam
6.45 mlm - 7.15 mlm Solat fardhu Maghrib
7.15 mlm - 8.45 mlm Kelas pelajaran baru
8.45 mlm - 9.15 mlm Solat fardhu Isyak
9.15 mlm - 10.00 mlm Kelas menghafal
10.00 mlm - 10.15 mlm Taklim akhir
10.15 mlm - 10.45 mlm Rehat minum teh dan makan ringan
10.45 mlm - 4.45 pagi Lampu dipadam ,tidur dan tahajjud

Wednesday, August 6, 2008

BANTUAN DANA UNTUK PEMBINAAN KANTIN


TAPAK CADANGAN UNTUK MEMBINA KANTIN TETAP MTUQ


KANTIN SEMENTARA UNTUK PELAJAR LELAKI



Cadangan bagi membina dan menyiapkan 1 blok kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 kaki untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.

Pendahuluan.

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Ummul Qura telah berjaya membina dan menyiapkan bangunan untuk pelajar hafiz, Alim, Hafizah dan Alimah. Kesemua bangunan yang dibina adalah khususnya untuk memberikan frasana pendidikan yang berasaskan Al-Quran yang baik. Bangunan-bangunan yang telah dibina boleh menampung seramai 300 orang yang ingin belajar secara sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keperluan yang amat diperlukan untuk maahad ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Pertambahan pelajar setiap tahun yang seiring dengan pertambahan guru telah menyebabkan keperluan rumah guru amat di perlukan. Setakat ini terdapat 20 orang guru dan kakitangan yang berkhidmat secara sepenuh masa dan sebahagian besar mereka telah berkeluarga. Oleh itu kepentingan rumah guru amat diutamakan demi memastikan mereka memberi khidmat yang terbaik untuk pelajar maahad ini.

Memandangkan kepada keperluan prasarana yang tidak begitu sesuai (dewan makan sementara hanya boleh menampung 70 orang dan hanya terdapat 4 unit rumah guru berkeluarga) dan permintaan pertambahan pelajar hafiz dari dalam dan luar negara, maka Ahli Jawatankuasa Maahad Tahfiz Ummul Qura telah bersetuju untuk memulakan projek fasa kelapan iaitu membina 1 blok kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.

Diharapkan dengan siapnya bangunan itu nanti akan dapat menyediakan satu suasana prasarana pendidikan hafiz dan Alim yang baik dan dapat menampung jumlah pelajar yang lebih ramai.

Pelaksanaan Projek

Projek cadangan bagi membina dan menyiapkan 1 blok bangunan kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.


Kewangan Projek

Projek ini dibiayai hasil dari wakaf dan kutipan orang ramai. Bagi membina dan menyiapkan bangunan ini kos yang dianggarkan ialah sebanyak RM 250 000.00. Pihak Maahad Tahfiz Ummul Qura sangat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai samada pertubuhan dan perseorangan untuk sama-sama memberikan sokongan atas usaha suci murni ini.


MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)(A/c no 12056010008564 ) Cawangan Sg. Besar. Selangor