Wednesday, August 6, 2008

BANTUAN DANA UNTUK PEMBINAAN KANTIN


TAPAK CADANGAN UNTUK MEMBINA KANTIN TETAP MTUQ


KANTIN SEMENTARA UNTUK PELAJAR LELAKI



Cadangan bagi membina dan menyiapkan 1 blok kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 kaki untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.

Pendahuluan.

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Ummul Qura telah berjaya membina dan menyiapkan bangunan untuk pelajar hafiz, Alim, Hafizah dan Alimah. Kesemua bangunan yang dibina adalah khususnya untuk memberikan frasana pendidikan yang berasaskan Al-Quran yang baik. Bangunan-bangunan yang telah dibina boleh menampung seramai 300 orang yang ingin belajar secara sepenuh masa.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keperluan yang amat diperlukan untuk maahad ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Pertambahan pelajar setiap tahun yang seiring dengan pertambahan guru telah menyebabkan keperluan rumah guru amat di perlukan. Setakat ini terdapat 20 orang guru dan kakitangan yang berkhidmat secara sepenuh masa dan sebahagian besar mereka telah berkeluarga. Oleh itu kepentingan rumah guru amat diutamakan demi memastikan mereka memberi khidmat yang terbaik untuk pelajar maahad ini.

Memandangkan kepada keperluan prasarana yang tidak begitu sesuai (dewan makan sementara hanya boleh menampung 70 orang dan hanya terdapat 4 unit rumah guru berkeluarga) dan permintaan pertambahan pelajar hafiz dari dalam dan luar negara, maka Ahli Jawatankuasa Maahad Tahfiz Ummul Qura telah bersetuju untuk memulakan projek fasa kelapan iaitu membina 1 blok kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.

Diharapkan dengan siapnya bangunan itu nanti akan dapat menyediakan satu suasana prasarana pendidikan hafiz dan Alim yang baik dan dapat menampung jumlah pelajar yang lebih ramai.

Pelaksanaan Projek

Projek cadangan bagi membina dan menyiapkan 1 blok bangunan kantin dan dewan serba guna seluas 120 kaki x 40 untuk pelajar hafiz dan Alim Maahad Tahfiz Ummul Qura.


Kewangan Projek

Projek ini dibiayai hasil dari wakaf dan kutipan orang ramai. Bagi membina dan menyiapkan bangunan ini kos yang dianggarkan ialah sebanyak RM 250 000.00. Pihak Maahad Tahfiz Ummul Qura sangat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai samada pertubuhan dan perseorangan untuk sama-sama memberikan sokongan atas usaha suci murni ini.


MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)(A/c no 12056010008564 ) Cawangan Sg. Besar. Selangor

No comments: