Sunday, August 10, 2008

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar

Pengambilan pelajar adalah seperti berikut :
 Pelajar berumur antara 12 hingga 15 tahun
 Mempunayi daya ingatan yang kuat , minat dan kesungguhan yang mendalam
 Boleh membaca Al-Quran dengan lancar
 Boleh membaca, menulis jawi dan rumi
 Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa
 Lulus temuduga oleh pihak madrasah.

Maahad Tahfiz Ummul Qura juga akan membuka pengajian untuk pelajar –pelajar perempuan (hafizah) yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman . Sebuah asrama yang lengkap dan menepati tuntutan-tuntutan syarak akan disediakan.



Bilangan murid

Bilangan pelajar di madrasah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa dan sekarang ini bilangan pelajar berjumlah 220 orang. Pihak madrasah akan mengambil pelajar baru seramai 60 orang setiap tahun. Pengambilan pelajar akan dibuka untuk semua pelajar yang berkelayakan seluruh Malaysia.Di samping itu madrasah ini juga telah mengambil beberapa pelajar dari luar negeri seperti dari Fiji, Singapura, China dan Australia.

Dan kami juga akan menerima pelajar untuk kemasukan tahun hadapan 2009/1429 yang akan bermula pada syawal 2008, lebih kurang 15 syawal...sesiapa yang berminat bolehlh menghubungi kami dengan segera.

3 comments:

bukit jalil homestay said...

askm ,tahun ini bila tarikh pengambilan? saya berhJt utk hantar anak saya. dari abd zamri abdullah. 0193367233

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz,saya berminat utk menghantar ank saya ke madrasah ustaz,masalahnya ank saya baru berumur 8 tahun,blh x ustaz cadangkan mana2 madrasah yang ada mengambil pelajar yg berumur 8 tahun··memandangkan madrasah ustaz tidak mengambil pelajar yg berumur tersebut··emailkan pada saya ustaz errafahmi80@gmail.com.sekian terima kasih··

Unknown said...

assalamualaikum ustaz..klau umur dh 15...syarat2 nak masok tahfiz ni ape nye?