Thursday, August 7, 2008

DASAR PENDIDIKAN

Melahirkan para pelajar Hafizul Quran yang dapat mengingati lafaz-lafaz Al-Quran sejumlah 6666 ayat dengan sebutan yang fasih dan tartil tanpa terlupa dan tersilap. Ia juga faham isi kandungannya beramal dan berpegang teguh dengan ahkamnya.

Melahirkan para Fuquha’ yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan dalil-dalil usul syarie untuk memastikan dan memutuskan satu-satu hukum syarak serta untuk menyelesaikan masalah manusia mereka juga mempunyai kemahiran yang tidak terbatas didalam segala bidang ilmu Islam terutamanya dalam hukum Syarak.

i. Melahirkan para hafiz,hafizah dan Alim yang bertaqwa dan penghayatan As Sunnah di dalam kehidupannya sebagai daie ke seluruh alam.

ii. Mencapai tahap penghafalan yang mantap dimana setiap Hafiz dan Hafizah kuat dalam penghafalan, membaca tanpa salah, mahir di dalam ayat-ayat mutashabihat mampu membaca 30 juzuk sebagaimana membaca surah Al Fatihah

iii. Kualiti pembacaan yang terbaik mengikut hukum-hukum tajwid dan diiktiraf pembacaannya oleh ahli Qura antarabangsa.

iv. Mahir didalam penghafalan mengikut setiap juzuk,rukuk setiap surah di dalam Al Quran.



Harapan dan masa depan mtuq


Maahad Tahfiz Ummul Qura yang kita tubuhkan ini mempunyai cita-cita yang tinggi disamping akan melahirkan para Hafiz, Alim Ulama’ dan para daie yang berwibawa.

Maahad juga bercita-cita untuk memperbesarkan kawasan dan bangunan madrasah bagi menampung kemasukan pelajar dalam dan luar negeri dan sebuah tapak cadangan bagi pembinaan Maahad Tahfiz Ummul Qura ini telah disediakan di atas sebidang tanah yang mengandungi 3 Blok bangunan 2 tingkat akan dibina untuk kelas pengajian dan asrama lelaki dan perempuan.

Bangunan-bangunan ini boleh menempatkan 400 orang pelajar lelaki dan perempuan. Kita juga berharap dan berdoa kepada Allah SWT semoga dilahirkan para mukhlisin sebagai penaung, penggerak dan seterusnya sebagai menghidupkan Maahad ini sehingga akhir zaman.


SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di madrasah ini dijangkakan akan mengambilmasa 3 hingga 4 tahun mengikut kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian dimadrasah ini adalah seperti berikut :

1. Peringkat Nazirah :Pada peringkat ini pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al- Quran , Tajwid dan kelancaran membaca Al-Quran.

2. Peringkat penghafalan : Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzu’ 30 sehingga 27. dan kemudian dari awal juzu’ pertama hingga akhir .

3. Peringkat kepakaran : pelajar yang tamat akan membuat pengulangan dan kepakaran yang akan mengambil masa selama 9 bulan. Tertib pengajian ini adalah intensif. Pelajar membaca dengan penuh tertib, bertajwid dan sehingga boleh membaca Al-quran tanpa membuat satu kesilapan.

4. Kelas Fardhu Ain dan lain-lain mata pelajaran : Para pelajar diwajibkan untukmenguikuti kelas fardhu Ain setiap hari Jumaat.

5. Mata pelajaran khusus tersebut ialah.
• Penghafalan Al-quran
• Tajwid qiraat
• Fardhu Ain
• Peradaban dan Sunnah
• Bahasa Melayu
• Matematik
• Asas Bahasa Arab
CARA BELAJAR DAN PENYEMAKAN


i. Membaca dengan betul dan tartil
ii. Membaca dengan lambat dengan suara yang kuat
iii. Kelancaran dan hafalan yang mendalam
iv. Pelajar akan diberi pelajaran baru sebanyak satu muka surat daripada Al-Quran dan diberi masa 2 jam untuk menghafalnya (selepas maghrib) dan akan disemak oleh ustaz selepas solat subuh. Setiap hari pelajar mesti melalui proses penyemakan empat pelajaran di hadapan ustaz. Iaitu :
• Sabak (pelajaran baru )
• Para sabak (juzuk dimana yang sedang dipelajari sehingga ke pelajaran baru)
• Para (semua juzuk-juzuk yang telah lalu)
• Manzil (bacaan pelajaran yang lepas dibaca bersendirian tanpa melihat Al-Quran sebanyak 3 juzuk mengikut urutan.

CARA PENYEMAKAN

i. pelajaran baru akan disemak oleh guru dengan penuh teliti dengan tidak membuat kesilapan pada huruf atau baris dan dibaca dengan penuh tartil dan lancar.
ii. Kertas-kertas warna kecil akan diberi untuk menanda kesalahan –kesalahan itu mengandungi 4 perkara :
 Tidak dibaca dengan tajwid yang betul
 Salah dalam penyebutan tajwid.
 Salah ayat dan baris
 Lupa urutan ayat selanjutnya.
Tujuannya

 Supaya pelajar mengetahui kesilapan yang dilakukan di dalam pembacaan.
 Melatih tumpuan yang mendalam terhadap Al-Quran.
 Berusaha untuk menghafal 100% dari Al-Quran dengan bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa.



CARA MENGULANG DAN KEPAKARAN

Mereka adalah pelajar yang telah tamat menghafal keseluruhan Al-Quran (30 juzuk). Pada tahap ini para hafiz akan dilatih untuk menguasai kelancaran bacaan dengan tepat, sebutan huruf dengan betul ,bertajwid ,mahir tentang Mutasyabihat(ayat-ayat yang hampir serupa) mengikut nama dan urutan surah-surah, tanda-tanda berhenti dan hukum tajwid. Pada tahap ini juga pelajar perlu membaca sebanyak mungkin pelajaran baru (manzil) tanpa melihat Al-Quran keseluruhannya.

CARA MENGULANG KAJI DALAM KEPAKARAN.

Kaedah untuk menghafal adalah sama. Perbezaan hanyalah pada pembahagian masa, dimana di tentukan masa mereka kepada 4 semester.

Semester Pertama

Pelajar akan membuat ulangan dengan menyemak pelajaran nya sebanyak ¼ juzuk setiap hari. Ini bermakna pelajar akan menghafal sebanyak satu juzuk dalam masa empat hari. Tahap ini akan tamat dalam masa 4 bulan.

Semester Kedua

Pada semester ini pelajar akan menyemak pelajaran sebanyak setengah juzuk setiap hari selama dua bulan.. Pelajaran yang lalu akan disemak 5 hingga juzuk setiaphari.

Semester Ketiga.

Pada semester ini pelajar tidak akan ada pelajaran baru . Pelajar diminta menyemak ulangan pelajaran lalu sebanyak 5 juzuk setiap hari dan membaca manzil sebanyak 15 juzuk setiap hari selama 2 bulan.

Semester Keempat

Pada semester keempat ini pelajar dikehendaki untuk membaca keseluruhan dari Al-Quran (30 juzuk) setiap hari dalam keadaan berpuasa selama 40 hari. Pada tahap ini pelajar tidak dibenarkan melihat /al-Quran kecuali apabila melakukan kesilapan sahaja.

Insya-Allah sekiranya setiap pelajar dapat mengikut tertib yang telah ditetapkan di atas kita yakin setipa pelajar akan berjaya menjadi hafiz yang benar-benar pakar dan mantap dalampembacaannya. Tidak ada satu pun kesilapan yang akan dilakukan dan pelajar akan menghafal dan membaca Al-Quran sepertimana membaca surah Al-Fatihah. Proses pengulangan ini akan mengambil masa selama sembilan bulan atau selewat-lewatnya setahun.

SYAHADAH HAFIZ DAN HAFIZAH
Maahad Tahfiz Ummul Qura juga menawarkan pengajian kepakaran( diploma) kepada pelajar hafiz dan hafizah yang telah tamat menghafal 30 juzuk Al-Quran bagi syahadah hafiz dan hafizah. Pengajian yang intensif dan mantap ini mengambil masa selama 1 tahun.




PENGAJIAN KELAS ALIM

Di samping itu juga, madrasah ini mengadakan pengajian kelas alim. Pengajian ini bermula dari peringkat I’dadi (peralihan) hinggalah ke pengajian Daratul Hadith. Jenis-jenis pelajaran yang diterapkan di dalam kelas pengajian Alimiah ini adalah seperti berikut:

Bil MATA PELAJARAN
01 Ilmu Nahu & Pembahasannya
02 Ilmu Sorof & Pembahasannya
03 Ilmu Fekah( meliputi 4 mazhab)
04 Usul Fiqh & Pembahasannya
05 Ilmu Tafsir Al-Quran & Usul Tafsir
06 AS-Sirah & Tawarikh
07 Ilmu Bayan, Badi’, Maa’ni, Falsafah & Mantiq
08 Ilmu Faraid & Ilmu Falaq
09 Ilmu Qiraat & Aqaid
10 Peradaban & Kesusasteraan Arab
11 Ilmu Hadith(semua kitab Sunnan Sittah) & Usul Hadith
12 Penguasaan Bahasa Arab, Urdu & Bahasa Inggeris
13 Penulisan Makalah ( Tesis)


Tempoh pengajian bagi kelas Alim ini ialah 8 tahun mengikut pengkhususan ;
4 tahun di dalam negeri
4 tahun di luar negeri

SYAHADAH BAGI PENGAJIAN KELAS ALIM


Darjah Ula & Saniah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Ibtidaiyyah
Darjah Salisah & Rabiah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Sanawiyyah
Darjah Khamisah & Sadisah
(tempoh 2 tahun) Syahadah Aliyyah
Darjah Alaih & Dauratul Hadith
(tempoh 2 tahun) Syahadah Fadhilah / Alimiyyah
Kursus Bahasa
(tempoh 1 tahun)










WAKTU-WAKTU REHAT.


Waktu-waktu rehat pelajar adalah seperti berikut:
i. waktu-waktu solat fardhu selama 30 minit.
ii. Sarapan pagi dan rehat 7.45 pagi hingga 8.30 pagi
iii. Makan tengahhari dan rehat : 11.45 pagi hingga 2.00 petang.
iv. Minum dan makan petang dan riadah : 4.40 petang hingga 7.00 petang.
v. Rehat dan tidur : 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

JADUAL WAKTU HARIAN.

Masa Aktiviti
4.45 pagi - 5.15 pagi Bangun tidur
5.15 pagi – 5.45 pagi Membaca pelajaran baru
5.45 pagi – 6.15 pagi Solat fardhu subuh
6.15 pagi- 7.30 pagi Mentasmikkan pelajaran baru
7.30 pagi -8.30 pagi Rehat dan sarapan pagi
8.30 pagi –11.30 pagi Kelas sepenuh masa
11.30 pagi -12.00 tgh hari Makan tengah hari
12.00 tgh hari -1.30 ptg Rehat dan tidur
1.30 ptg - 2.00 ptg Solat fardhu zuhur
2.15 ptg - 4.30 ptg Kelas menghafal sepenuh masa
4.30 ptg - 5.00 ptg Solat fardhu asar
5.00 ptg - 5.30 ptg Kelas fardhu Ain
5.30 ptg - 6.45 ptg Rehat riadah dan makan malam
6.45 mlm - 7.15 mlm Solat fardhu Maghrib
7.15 mlm - 8.45 mlm Kelas pelajaran baru
8.45 mlm - 9.15 mlm Solat fardhu Isyak
9.15 mlm - 10.00 mlm Kelas menghafal
10.00 mlm - 10.15 mlm Taklim akhir
10.15 mlm - 10.45 mlm Rehat minum teh dan makan ringan
10.45 mlm - 4.45 pagi Lampu dipadam ,tidur dan tahajjud

No comments: